Ahad, 3 Mei 2009

TM Cabaran candat sotong 09

Marang, 2hb 5.09 Cabaran candat sotong pusingan pertama anjuran TM Terengganu dgn usahasama oleh k'jaan negeri dan juga agensi pelancongan berjaya menarik ratusan peserta dari seluruh semenanjung utk menyertai cabaran sekitar perairan marang.

Antara syarat2 penyertaan iaitu mesti lah berkumpulan yang mana setiap kumpulan tidak lebih dari 10 orang.
Yuran penyertaan rm70 seorang .Hadiah dikategorikan kpd 3 bhg iaitu terberat(berkumpulan),terbanyak(berkumpulan) dan terpanjang(individu).
Pemenang 1st-5ribu, 2nd-3ribu, 3rd-2ribu dan lain2 hadiah dari tempat keempat hingga ke sepuluh utk setiap kategori yg di pertandingkan.

Sebanyak 28 buah bot yang di naiki peserta termasuk 9 buah bot khas untuk peserta kategori Vip telah di lepaskan pada pkl 4.30pm dan balik ke jeti pada pkl 11pm..


Sedang menunggu giliran di jeti untuk menaiki bot..

Antara def kehormat yg hadir utk melepaskan peserta iaitu Yb Pulau Yu... hahahaa


No.5 menandakan bot yang di naiki oleh kumpulan Cap Ayam (kump kami lerrr tu) ehehe...


Dalam perjalanan menuju ke lokasi..


Sebahagian dari sotong yg kami dapat dari pkl6pm hingga ke 930pm...


Setelah tiba di jeti ,tangkapan kami di timbang utk di kategori dlm tangkapan terberat..

Dan juga di kira jumlah nya utk dikategorikan dlm tangkapan terbanyak..

Gantung & pamer utk kategori sotong terpanjang...


Perghhh..! dok sangka la pulok geng Cap Ayam buleh dapat hadiah tempat ke3 utk 2 kategori...


Ni dia hasilnye hadiah 1 kategori utk tempat ke3 hadiahnya 2ribu...


Kami menang 2 kategori tempat ke3 iaitu tangkapan terberat & terbanyak.. 4ribu tuuu
Ehhh banyok nye hadiah.. replika yang kaler biru tu utk kategori tekong terbaik daaaa...

Akan dtg TM Cabaran candat sotong 09 pusingan ke 2 di kuala Terengganu pada 30hb 5 dan ke 3 di Dungun pada bln 4hb 7 ...