Selasa, 21 Julai 2009

Ahad, 3 Mei 2009

TM Cabaran candat sotong 09

Marang, 2hb 5.09 Cabaran candat sotong pusingan pertama anjuran TM Terengganu dgn usahasama oleh k'jaan negeri dan juga agensi pelancongan berjaya menarik ratusan peserta dari seluruh semenanjung utk menyertai cabaran sekitar perairan marang.

Antara syarat2 penyertaan iaitu mesti lah berkumpulan yang mana setiap kumpulan tidak lebih dari 10 orang.
Yuran penyertaan rm70 seorang .Hadiah dikategorikan kpd 3 bhg iaitu terberat(berkumpulan),terbanyak(berkumpulan) dan terpanjang(individu).
Pemenang 1st-5ribu, 2nd-3ribu, 3rd-2ribu dan lain2 hadiah dari tempat keempat hingga ke sepuluh utk setiap kategori yg di pertandingkan.

Sebanyak 28 buah bot yang di naiki peserta termasuk 9 buah bot khas untuk peserta kategori Vip telah di lepaskan pada pkl 4.30pm dan balik ke jeti pada pkl 11pm..


Sedang menunggu giliran di jeti untuk menaiki bot..

Antara def kehormat yg hadir utk melepaskan peserta iaitu Yb Pulau Yu... hahahaa


No.5 menandakan bot yang di naiki oleh kumpulan Cap Ayam (kump kami lerrr tu) ehehe...


Dalam perjalanan menuju ke lokasi..


Sebahagian dari sotong yg kami dapat dari pkl6pm hingga ke 930pm...


Setelah tiba di jeti ,tangkapan kami di timbang utk di kategori dlm tangkapan terberat..

Dan juga di kira jumlah nya utk dikategorikan dlm tangkapan terbanyak..

Gantung & pamer utk kategori sotong terpanjang...


Perghhh..! dok sangka la pulok geng Cap Ayam buleh dapat hadiah tempat ke3 utk 2 kategori...


Ni dia hasilnye hadiah 1 kategori utk tempat ke3 hadiahnya 2ribu...


Kami menang 2 kategori tempat ke3 iaitu tangkapan terberat & terbanyak.. 4ribu tuuu
Ehhh banyok nye hadiah.. replika yang kaler biru tu utk kategori tekong terbaik daaaa...

Akan dtg TM Cabaran candat sotong 09 pusingan ke 2 di kuala Terengganu pada 30hb 5 dan ke 3 di Dungun pada bln 4hb 7 ...

Khamis, 23 April 2009

Galeri trip tasik Kenyir


Tasik Kenyir adalah lokasi memancing yang popular di Terengganu, juga di kenali dengan nama Empangan Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu.

Terdapat 3 jeti pelepasan rumah bot di lokasi yang berlainan iaitu..
1. Pengkalan Gawi jarak 35 km dari bandar Kuala Berang.
2. Pengkalan pusat ternakan ikan jarak 20km dari bandar Kuala Berang.
3. Pengkalan Jenagor jarak 18km dari bandar Kuala Berang.

Dengan rangkaian sungai yang banyak di hulu empangan ini menjadikan ianya lokasi memancing yang terbaik dan mencabar antara nya ialah Sg Terenggan, Sg Perpek, Sg Cacing (sg ini dibuka sewaktu pertandingan memancing sahaja) .
Antara jenis2 ikan yang menjadi pilihan kaki2 pancing yang datang di sini ialah ikan lampam, sebarau, baung, toman, kelisa, kelah, belida dan tapah (giant catfish)..

Antara chalet yg terdapat di persisir tasik...


Gua bewah terletak di tengah2 tasik...


Rumah bot yg membawa kami dari jeti ke lokasi mengail & juga tempat penginapan kami selama 3hari 2mlm...


Menduga species yg ada dalam air. ape2 je lah baham belaka...ahm


Perghhh.!! tempat beradu di tkt atas bot siap dgn tilam lg...


Dlm perjalanan dari jeti ke lokasi ngail.ambil masa dlm 4jam.. lepak lah duluu hehehe..


Ermm siap ada shower lg kat dlm tandas tu... ehehee


Kalu nak berkayak pun boleh sambil tinjau2 kawasan...


Persiapan sebelum bertarung... ehehehe


Menaiki bot laju dari rumah bot menyusur anak sungai mencari lubuk...


Nahhh ambik ko...!!


Tengah buang mata kail..pakai topeng sebab dok tahan wehh tengah panas terik...


Sebahagian dari hasil tangkapan...


Isi toman sedap dibuat filet dan nugget lepas tu goreng... urmmm sdak gokk..


Antara sebarau yg berjaya di naikkan...


Rabu, 15 April 2009

Candat sotong sekitar Pulau Kapas












Hasil nye buleh tahan tapi dok sempat nok ambik gambar byk2 sebab sibuk melayan sang sotong di tengah laut nun...

Trolling sekitar pulau redang